PERLEMBAGAAN PPPPM
PERTUBUHAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN MALAYSIA
(MALAYSIAN SOCIETY FOR EDUCATIONAL ADMINISTRATION AND MANAGEMENT)
Perkara 1 : Nama
i) Persatuan ini hendaklah dinamakan Pertubuhan Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan Malaysia, PPPPM (The Malaysian Society for Educational Administration and Management, MSEAM)
Perkara 2 : Alamat
Alamat Persatuan hendaklah d/a No. 84, Jalan Athinahapan Satu, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur atau di tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurus.
Perkara 3 : Objektif
Objektif PPPPM hendaklah :
i) untuk memupuk pertalian erat dan pertukaran idea yang berkaitan dengan kemajuan pengurusan dan kepimpinan pendidikan di kalangan individu dan ahli-ahli.
ii) untuk menggalakkan perkembangan persatuan-persatuan pengurusan dan kepimpinan pendidikan
iii) untuk merancang, melaksana dan menyokong persidangan-persidangan kebangsaan dalam pelbagai aspek pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
iv) untuk bekerjasama dengan persatuan-persatuan pendidikan lain bagi mempertingkatkan kerjasama dan kesepakatan kebangsaan dan antrabangsa
v) untuk memudahkan perkongsian dan perluasan pengetahuan penyelidikan dan pengamalan pengurusan dan kepemimpinan pendidikan
vi) untuk menggalakkan kepiawaian yang tinggi dalam kajian, pengalaman dan penyeliaan pengurus dan pemimpin pendidikan
Perkara 4 : Keahlian
Keahlian hendaklah terdiri daripada enam kategori seperti berikut :
i) Keahlian Biasa adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang ada hubungan dengan bidang pengurusan pendidikan sama ada di Malaysia atau di luar negara.
ii) Keahlian Bersekutu adalah terbuka kepada semua individu yang ada hubungan dengan pendidikan tetapi tidak layak menjadi ahli biasa.
iii) Keahlian Institusi adalah terbuka kepada semua institusi pendidikan di Malaysia.
iv) Keahlian Seumur Hidup Biasa adalah terbuka kepada semua individu yang layak menjadi ahli biasa tertakluk kepada Perkara 6 perlembagaan ini.
v) Keahlian Seumur Hidup Bersekutu terbuka kepada semua individu yang layak menjadi ahli bersekutu tertakluk kepada Perkara 6 perlembagaan ini.
vi) Keahlian Kehormat bolehlah diberi dengan undian sebulat suara Jawatankuasa Pengurusan kepada individu-individu yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang terhadap kemajuan pendidikan
Perkara 5 : Senaraian
i) Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang telah ditetapkan dan dimajukan kepada Setiausaha
ii) Semua permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan yang mempunyai budibicara yang mutlak terhadap kelulusan permohonan tersebut.
Perkara 6 : Yuran dan Tunggakan
i) Yuran tahunan bagi keahlian biasa hendaklah sebanyak RM70.00
ii) Yuran tahunan bagi keahlian institusi hendaklah sebanyak RM200.00
iii) Yuran tahunan bagi keahlian bersekutu hendaklah sebanyak RM20.00
iv) Yuran ahli biasa Ahli Seumur Hidup Biasa dan Ahli Seumur Hidup Bersekutu hendaklah menjadi RM300.00
v) Yuran hendaklah dibayar terlebih dahulu pada setiap tahun kepada Bendahari Persatuan
vi) Seorang ahli yang membiarkan yurannya bertunggak lebih daripada tiga bulan hendaklah diberitahu dengan pemberian notis secara bertulis oleh setiausaha atau bagi pihak setiausaha.
vii) Seseorang ahli yang gagal untuk menyelesaikan tunggakan dalam tempoh tiga bulan selepas notis diberi hendaklah secara automotis terhenti menjadi ahli persatuan
viii) Hendaklah terpulang kepada budibicara Jawatankuasa Pengurusan pada sesuatu masa selepas pembatalan keahlian seorang ahli di bawah Perkara 6(vi) di atas untuk menerimanya semula menjadi ahli dengan syarat yang difikirkan sesuai dan dengan syarat ahli tersebut telah membayar semula tunggakan yurannya.
ix) Seorang ahli yang cuti berterusan bagi tempoh lebih daripada satu tahun kalendar, dengan membuat permohonan bertulis kepada setiausaha tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pengurusan, namanya bolehlah dimasukkan ke dalam daftar ahli yang tidak ada dan tidak dikenakan membayar sebarang yuran dalam tempoh tersebut.
x) Yuran khas atau levis bagi sesuatu tujuan tertentu bolehlah didapatkan daripada ahli-ahli dengan resolusi Mesyuarat Agung Persatuan
Perkara 7 : Keistimewaan Ahli
i) Ahli Biasa dan Ahli Seumur Hidup Biasa :
a) berhak untuk bercakap, mencalonkan, dicalonkan, membuang undi di mesyuarat-mesyuarat agung Persatuan
b) berhak menerima semua terbitan persatuan dengan percuma melainkan dinyatakan
c) berhak mendapat semua keistimewaan lainnya seperti yang telah dpersetujui oleh Jawatankuasa Pengurusan
ii) Ahli Institusi hendaklah :
a) berhak mencalonkan seorang wakil yang berhak untuk bercakap , mencalonkan, dicalonkan dan membuang undi di mesyuarat-mesyuarat agung persatuan
b) berhak menerima semua tebitan persatuan dengan percuma melainkan dinyatakan
c) berhak mendapat semua keistimewaan lainnya seperti yang dipersetujui oleh Jawankuasa Pengurusan
iii) Ahli Bersekutu dan Ahli Kehormat bolehlah mendapat segala kemudahan persatuan kecuali hak untuk,
a) mengundi
b) memegang jawatan
c) mencadangkan dan menyokong seseorang calon bagi memegang jawatan di sesuatu mesyuarat agung
iv) Semua ahli hendaklah diberi satu salinan perlembagaan persatuan
Perkara 8 : Penarikan Diri
i) Seseorang ahli yang ingin menarik diri dari menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi sebulan notis secara bertulis kepada setiausaha dan hendaklah membayar semua pembayaran yang belum dijelaskan.
ii) Seseorang ahli apabila berhenti menjadi ahli persatuan lucutlah hak terhadap semua hak dan tuntutan kepada persatuan dan harta serta kumpulan wang persatuan
Perkara 9 : Pengurusan
i) Kuasa tertinggi persatuan hendaklah diletakhak dalam Mesyuarat Agung Dua Tahunan tertakluk kepada Perkara 23 perlembagaan ini.
ii) Segala urusan Persatuan hendaklah ditentukan oleh Jawatankuasa Pengurusan
iii) Semua ahli Jawatankuasa Pengurusan dan setiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas eksekutif dalam Persatuan hendaklah warganegara Malaysia
Perkara 10 : Mesyuarat Agung
i) Mesyuarat Agung Dua Tahunan hendaklah diadakan sebelum 30 November setiap selang dua tahun pada tarikh dan tempat yang akan ditetapkan oelh Jawatankuasa Pengrurusan
ii) Semua ahli yang telah diberi kemudahan adalah berhak menghadiri dan bercakap dalam Mesyuarat Agung Dua Tahunan.
iii) Urusan Mesyuarat Agung Dua Tahunan hendaklah :
a) menerima laporan tahunan
b) menerima penyata kira-kira tahun-tahun yang lepas telah diaudit.
c) memilih pegawai-pegawai Jawatankuasa bagi tahun-tahun yang akan datang
d) melantik sekurang-kurangnya tiga orang Juruaudit Kehormat bagi tahun-tahun yang akan datang
e) mengambil keputusan terhadap sebarang resolusi yang dikemukakan dengan betul kepada Mesyuarat Agung yang notis sepatutnya telah diberi
f) menimbangkan sebarang perkara lain yang mana notis secara bertulis telah dibuat kepada setiausaha sekurang-kurangnya satu menggi sebulum mesyuarat tersebut.
g) mengemukakan untuk dipertimbangkan sebarang isu lain yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan
Perkara 11 : Perjalanan Mesyuarat Agung Dua Tahunan
i) Setiausaha hendaklah memberitahu semua ahli mengenai tarikh, masa, dan tempat Mesyuarat Agung Dua Tahunan sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal
ii) Beliau hendaklah meminta sebarang resolusi dan penamaan calon bagi jawatan pegawai di Jawatankuasa Pengurusan ( yang telah dengan sempurnanya dicadangkan, disokong serta dipersetujui oleh ahli yang dicalonkan) untuk dipertimbangkan dalam Mesyuarat Agung Dua Tahunan
iii) Semua resolusi dan penamaan calon tersebut hendaklah sampai kepada setiausaha tidak kurang daripada tujuh hari sebelum mesyuarat tersebut.
iv) Agenda Mesyuarat Dua Tahunan hendaklah dihantar kepada semua ahli sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum mesyuarat tersebut
v) Quorum di Mesyuarat Agung Dua Tahunan hendaklah tiga puluh atau satu pertiga daripada jumlah keahlian biasa dan keahlian institusi yang mana kurang
vi) Apabila berlaku tiada cukup quorum, mesyuarat tersebut akan ditangguhkan. Mesyuarat yang ditangguhkan hendaklah diadakan semula dalam masa empat belas hari di tempat dan masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan dan agenda hendaklah sama seperti yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Satu Tahunan asalnya. Jika sekiranya quorum tiada mencukupi maka ahli-ahli yang hadir hendaklah mempunyai kuasa untuk meneruskan urusan tersebut tetapi hendaklah tidak mempunyai kuasa untuk meminda Perlembagaan atau membuat keputusan yang melibatkan seluruh keahlian
Perkara 12 : Mesyuarat Agung Luarbiasa
i) Mesyuarat Agung Luarbiasa hendaklah dipanggil oleh setiausaha
a) diatas arahan Jawatankuasa Pengurusan atau
b) diatas arahan Pengerusi
c) diatas permintaan secara bertulis kepada setiausaha oleh sekurang-kurangnya dua puluh orang ahli atau satu perlima daripada jumlah keahlian biasa yang mana kurang. Mesyuarat tersebut hendaklah diadakan dalam tempoh satu bulan permintaan tersebut diterima.
ii) Setiausaha hendaklah memberitahu semua ahli mengenai tarikh, masa dan tempat bagi mengadakan Mesyuarat Agung Luarbiasa tersebut sekurang-kurangnya dua minggu sebelumnya.
iii) Quorum di Mesyuarat Agung Luarbiasa hendaklah tiga puluh atau satu pertiga daripada jumlah keahlian biasa dan keahlian institusi yang mana kurang.
iv) Apabila berlaku tiada cukup quorum, mesyuarat tersebut akan ditangguhkan. Mesyuarat yang ditangguhkan hendaklah diadakan semula dalam masa sepuluh hari di tempat dan masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan dan agenda hendaklah sama seperti yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Luarbiasa asalnya. Jika sekiranya quorum tiada mencukupi maka ahli-ahli yang hadir hendaklah mempunyai kuasa untuk meneruskan urusan tersebut tetapi hendaklah tidak mempunyai kuasa untuk meminda Perlembagaan atau membuat keputusan yang melibatkan seluruh keahlian.
v) Hanya perkara-perkara yang meminta Mesyuarat Agung Luarbiasa itu diadakan sahaja yang menjadi agendanya.
Perkara 13 : Jawankuasa Pengurusan
i) Hal ehwal persatuan hendaklah dijalankan oleh Jawatankuasa Pengurusan yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Dua Tahunan.
Jawatankuasa Pengurusan hendaklah terdiri daripada :
a) Presiden
b) Dua Naib Presiden
c) Setiausaha Agung
d) Dua Penolong Setiausaha Agung
e) Bendahari
f) Seorang Penolong Bendahari
g) Tiga orang pemeriksa kira-kira
h) Enam Ahli Jawatankuasa Biasa
i) Empat belas orang wakil negeri
ii) Tempoh perkhidmatan Jawatankuasa Pengurusan hendaklah selama dua tahun
iii) Semua ahli Jawatankuasa Pengurusan yang baru lalu hendaklah layak bagi dilantik semula
Perkara 14 : Pemilihan Jawatankuasa Pengurusan
i) Jawatankuasa Pengurusan hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung Dua Tahunan
ii) Semua pencalonan hendaklah dibuat di Mesyuarat Agung Dua Tahunan. Calon-calon yang mendapat majoriti undi hendaklah diisytiharkan dilantik memegang jawatan.
Perkara 15 : Tugas dan Jawatankuasa Pengurusan
Jawatankuasa kerja hendaklah :
i) bertanggungjawab bagi mengelolakan kegiatan-kegiatan Persatuan selaras dengan objektifnya.
ii) menerima akaun daripada Bendahari dan segal laporan dari jawatankuasa tetap dan jawatankuasa kecil.
iii) mengelola dan menjalankan pemilihan bakal jawatankuasa
iv) menimbang dan meluluskan jika difikirkan perlu, semua permohonan untuk keahlian berdasarkan Perkara 5(ii)
v) mengurus hal ehwal kewangan persatuan dan memberi kuasa terhadap perbelanjaan
vi) melantik sebarang ahli untuk memenuhi kekosongan yang mungkin berlaku semasa tempoh perkhidmatan.
vii) melantik dan memusnahkan jawatankuasa kecil dan memberi kepada mereka kuasa yang akan ditentukan. Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan bolehlah menjadi ahli dalam jawatankuasa tersebut sebagai ahli exco. Jawatankuasa kecil hendaklah secara automatis mansuh apabila tamatnya tempoh perkhidmatan jawatankuasa pengurusan yang melantik mereka.
viii) meminta penerangan secara bertulis daripada seseorang ahli atau menggantung kemudahan-kemudahan yang boleh diterima oleh seseorang ahli jika sekiranya ahli tersebut melanggar peraturan dan objektif persatuan serta melucutkan keahliannya jika ahli tersebut tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan.
ix) mengambil segala langkah untuk melaksanakan objektif persatuan bersesuaian dengan perlembagaan.
x) menggunakan segala kuasa dan menjalankan segala tugas seperti yagn terkandung di dalam perlembagaan dan bertindak bagi pihak persatuan dalam semua perkara yang tidak terdapat atau tidak dinyatakan di dalam peraturan atau undang-undang kecil ini.
xi) segala keputusan jawatankuasa pengurusan hendaklah dibuat secara majoriti ahli yang hadir. Jika terdapat sebarang keputusan yang seri, pengerusi hendaklah mempunyai hak mengundi.
Perkara 16 : Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
Jawatankuasa Pengurusan heddaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya satu kali setiap enam bulan. Mesyuarat-mesyuarat khas bolehlah diadakan di atas permintaan Presiden. Sekurang-kurangnya tujuh hari notis mesyuarat-mesyuarat tersebut hendaklah diberi kecuali agenda memerlukan tindakan segera. Mesyuarat tersebut hendaklah dipengerusikan oleh Presiden atau sekiranya beliau tiada, salah seorang daripada Naib Presiden. Sekiranya Presiden atau kedua-dua Naib Presiden tiada, salah seorang daripada ahli jawatankuasa yang hadir, kecuali Setiausaha hendaklah dipilih untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Sepuluh orang ahli jawatankuasa bolehlah membentuk quorum. Sekiranya bilangan yang diperlukan tiada bagi mesyuarat jawatankuasa pengurusan, satu lagi mesyuarat yang sama hendaklah diadakan dalam masa sepuluh hari, sama ada bilangan yang hadir cukup atau tidak, agenda yang telah ditetapkan bagi mesyuarat yang lalu hendaklah dibincangkan.
Seseorang ahli jawatankuasa pengurusan yang tidak menghadiri tiga mesyuarat berturut-turut tanpa sebab yang munasabah yang boleh diterima oleh jaawtankuasa hendaklah terhenti dari menjadi ahli dengan syarat ketetapan diambil oleh jawatankuasa bagi maksud tersebut.
Perkara 17 : Tugas Pegawai-Pegawai
Presiden hendaklah:
Bertindak sebagai pengerusi dalam semua mesyuarat dan mempunyai undi pemutus
Mewakili persatuan sama ada secara sendiri atau seseorang wakil dipilih oleh beliau dari jawatankuasa pengurusan persatuan yang mempunyai urusan dengan orang-orang atau badan-badan luar
Mempunyai kuasa untuk menandatangani semua bil-bil yang diluluskan oleh jawatankuasa pengurusan, dan bersama-sama dengan Bendahari, menandatangani semua cek bagi pihak Persatuan.
Naib Presiden hendaklah :
Mengambil alih tugas Presiden sekiranya beliau tiada.
Setiausaha hendaklah “
Memanggil bagi pihak jawatankuasa pengurusan semua mesyuarat dan persidangan persatuan, menyimpan minit mesyuarat tersebut, mengemukakan minit tersebut untuk diluluskan dalam mesyuarat yang akan datang, dan mengedar, ringkasan minit tersebut kepada semua ahli jawatankuasa pengurusan.
Menyimpan semua rekod kecuali mengenai kewangan persatuan dan bertanggungjawab terhadap ketetapannya. Mengemukakan laporan tahunan dalam mesyuarat agung satu tahunan.
Menguruskan segala surat-menyurat seperti yang diarahkan oleh badan am atau jawatankuasa pengurusan.
Melaporkan sema perkara yang melibatkan kebajikan persatuan kepada jawatankuasa pengurusan untuk tindakan yang perlu.
Boleh menandatangani semua cek.
Penolong-penolong Setiausaha hendaklah :
=Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas-tugasnya
Bertindak sebagai setiuasaha sekiranya setiausaha tidak hadir
Menyelenggarakan daftar keahlian
Bendahari hendaklah
- Bertanggungjawab terhadap kewangan persatuan dan menyelenggarakan buku-buku akaun yang perlu
- Mengutip semua yuran, sumbangan dan lain-lain wang yang perlu dibayar kepada persatuan dan memasukkan semua kutipan tersebut ke dalam akaun bank seperti yang diarahkan oleh jawatankuasa pengurusan
- Mengeluarkan resit bagi semua wang yang diterima bagi pihak persatuan
- Membayar semua hutang yang ditanggung oleh persatuan dan melaporkan kepada jawatankuasa pengurusan sebarang hutang yang tidak diberi kuasa.
- Mengemukakan penyata kira-kira pada setiap mesyuarat jawatankuasa pengurusan
- Menyediakan dan mengemukakan kepada mesyuarat agung dua tahunan penyata pendapatan dan perbelanjaan yang telah diaudit serta kunci kira-kira yang telah diaudit bertanggungjawab terhadap ketetapan akaun.
- Berhak menyemak akaun jawatankuasa tetap atau jawatankuasa kecil
- Menandatangani dengan Presiden atau Setiausaha semua cek yang dikeluarkan oleh Persatuan.
Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah :
- Membantu lain-lain pegawai dalam tugas-tugas menjalankan persatuan
- Bertanggungjawab bagi sebarang tugas Persatuan yang diamanahkan kepada mereka oleh Jawankuasa Pengurusan.
Perkara 18 : Kewangan
- Tahun kewangan hendaklah tamat pada 30 November setiap tahun
- Segala cek hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan Presiden atau Setiausaha
- Bendahari Kehormat diberi kuasa untuk menyimpan dan membelanjakan sehingga RM100.00 wang runcit bagi pihak pengurusan. Semua wang yang melebihi jumlah tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam bank yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan.
- Pembayaran melebihi RM100.00 hendaklah dibuat dengan menggunakan cek selepas diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan
- Akaun bank hendaklah di atas nama Persatuan
- Yuran hendaklah dibayar terus kepada Bendahari atau kepada wakil-wakilnya yang sah. Semua kutipan yuran yang dibuat oleh wakil-wakil tersebut hendaklah dibayar kepada Bendahari atau ke dalam Akaun Persatuan dalam bank Persatuan dalam masa dua minggu kutipan dibuat
- Jawatankuasa Pengurusan hendaklah berkuasa untuk menerima sumbangan dan yuran sama ada untuk bantuan kumpulan wang Persatuan atau untuk membiayai perbelanjaan yang mungkin dilakukan semasa menjalankan tugas-tugas khas yang berkaitan dengan kerja Persatuan.
- Jawatankuasa Pengurusan hendaklah berkuasa bagi mendapatkan kumpulan wang untuk Persatuan dengan cara yang sesuai dan sah.
Perkara 19 : Pemegang Amanah
- Tiga orang pemegang amanah yang mesti berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik dalamm Mesyuarat Agung Dua Tahunan dan hendaklah memegang jawatan di atas kemahuan Persatuan. Mereka hendaklah meletakhak pada mereka semua harta tak alih kepunyaan Peratuan dan Hendaklah mengendalikannya seperti yang diarahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan.
- Pemegang Amanah tidak boleh menjual, mengambil balik atau memindahkan sebarang harta Persatuan tanpa kebenaran bertulis Mesyuarat Agung.
- Seorang Pemegang Amanah boleh dilucutkan dari jawatan oleh jawatankuasa Pengurusan di atas alasan tidak sihat, tidak waras, tiada di dalam negeri atau sebarang sebab lain beliau tidak dapat menjalankan tugas dengan memuaskan.
- Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau perlucutan jawatan seorang pemegang amanah sebelum Mesyuarat Agung, kekosongan jawatan hendaklah dipenuhi oleh Jawatankuasa Pengurusan sehingga seorang pemegang amanah yang baru dilantik oleh Mesyuarat Agung.
Perkara 20 : Pindaan kepada Peraturan
- Pindaan kepada peraturan Persatuan hendaklah dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau dalam suatu Mesyuarat Agung Khas yang khusus bagi tujuan tersebut.
- Jawatankuasa Pengurusan atau empat orang ahli biasa dan ahli institusi bolehlah mencadangkan pindaan-pindaan kepada peraturan, danpindaan tersebut hendaklah menyatakan dengan perkataan-perkataan yang tepat cadangan pindaan yang hendak dibuat, hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada setiausaha sekurang-kurangnya 21 hari sebelum Mesyuarat Agung tersebut.
- Semua cadangan pindaan hendaklah diedarkan kepada semua ahli Persatuan tujuh hari sebelum Mesyuarat Agung tersebut.
- Pindaan kepada peraturan Persatuan hendaklah diterima hanya apabila sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli biada dan ahli institusi yang hadir di mesyuarat tersebut telah mengundi menyetujui pindaan tersebut dan ia hendaklah tidak dikuatkuasakan tanpa keizinan terlebih dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan.
Perkara 21 : Larangan
- Persatuan hendaklah tidak melibatkan diri dalam pertikaian perkauman atau pertikaian ugama.
- Persatuan hendaklah tidak mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan kesatuan sekerja seperti yang ditakrifkan dalam Ordinan Kesatuan Kerja.
- Persatuan hendaklah tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan parti politik atau membernarkan kumpulan simpanan wangnya taua premisnya digunakan untuk tujuan politik.
Perkara 22 : Persatuan Bergabung
- Sebarang Persatuan guru-guru atau guru-guru pelatih yang mempunayi tujuan yang sama dengan tujuan Persatuan bolehlah bergabung dengan Persatuan di atas dasar yang berikut :
- Ahli dan ahli-ahli Bersekutu Gabungan bolehlah menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua seminar, kursus dan mesyuarat yang berbentuk professional dikelolakan oleh Persatuan dan Gabungan di atas dasar berbalas-balas tetapi hendaklah tidak mengambil bahagian dalam mesyuarat urusan satu sama lain.
- Persatuan bolehlah bergabung dengan lain-lain persatuan kebangsaan dan antarabangsa yang mempunyai tujuan yang sama. Keputusan untuk bergabung hendaklah diambil semasa Mesyuarat Agung Tahunan
Perkara 23 : Pembubaran
- Persatuan hendaklah tidak dibubarkan kecuali dengan keizinan tidak kurang daripada tiga-perlima daripada ahli biasa dan ahli institusi Persatuan yang dinyatakan sama ada dengan sendiri atau secara proxy dalam Mesyuarat Agung yang diadakan untuk tujuan tersbut, atau secara undi melalui pos.
- Sekirannya terjadi Persatuan dibubarkan seperti yang dinyatakan di atas, semua hutang piutang dan tanggungan yang dilakukan oleh pihak Persatuan hendaklah diselesaikan serta baki kumpulan wang serta harta benda hendaklah menjadi milik kerajaan Malaysia.
- Notis pembubaran hendaklah diberi dalam masa empat belas hari pembubaran kepada Pendaftar Pertubuhan.
Perkara 24 : Lepas Tanggungan
Tidak ada sebarang ahli Peratuan atau Jawatankuasa pengurusan Persatuan yang boleh menanggung sebarang kerugian yang disebabkan oleh sebarang kesilapan keputusan atau kebalahan bagi pihak Persatuan atau bagi sebarang kerugian, kerosakan atau sesuatu tindakan yang tidak sengaja yang boleh berlaku semasa menjalankan tugas atau yang berkaitan dengannya, kecuali ianya berlaku kerana ketidakjujuran sendiri.
Perkara 25 : Persoalan Yang Berbangkit
Sebarang persoalan atau perkara yang timbul dari sebarang perkara yang tidak dinyatakan di dalam Peraturan ini hendaklah diselenggarakan oleh Jawatankuasa Pengurusan mengikut budibicaranya.