PPPPM
Pertubuhan Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan Malaysia telah wujud sejak bidang pengurusan dapat perhatian di Malaysia.
Pada awalnya ahli-ahli bergerak secara terus di bawah Commonwealth Council of Educational Administration (CCEA). Walau bagaimanapun pada tahun 1993 secara formal ahli-ahli telah berusaha menubuhkan PPPPM di Malaysia sendiri.
Pada tahun 1999 apabila bilangan perwakilan meluas, perlembagaan pertubuhan digubal semula dan didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia pada 27 April 1999 dengan nombor pendaftaran 503.
Penubuhan pertubuhan ini telah mendapat sokongan ramai terutamanya dalam kalangan para pendidik di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pertubuhan ini juga mempunyai hubungan dengan persatuan profesional yang sama di peringkat antarabangsa dan antara negara. Pada masa ini bilangan ahlinya adalah seramai 360 orang dan usaha-usaha untuk menambahkan keahlian akan terus dijalankan. Keahlian juga akan dibuka kepada institusi swasta dan mereka yang bukan warga Kementerian Pendidikan